Written by Editor Warta |
Saturday, 06 April 2013 15:36 |
Oleh Arif Atan KUALA LUMPUR: Menjelang PRU13 yang sudah semakin suntuk, media kongkongan Umno-BN berterusan “menunggang” agama Islam sebagai senjata politik mereka bagi menakutnakutkan pengundi Melayu untuk menyokong Pakatan Rakyat. Sejak awal tahun 1990-an lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad konsisten melontarkan kenyataan biadap terhadap undang-undang Islam sehingga tidak melampau diberikan gelaran “bapa” anti Islam di negara ini. Masyarakat Melayu sebagai penganut agama Islam majoriti di negara ini pasti tidak akan “mudah lupa” seperti Umno-BN bagaimana Mahathir antara lain selamba menyebut hukuman hudud memudaratkan manusia serta rejam kepada penzina bersifat primitif. Malah, perangai jahat Umno-BN yang menjadikan Islam sebagai alat memancing undi Melayu ketika mendekati PRU13 terserlah apabila Najib Tun Razak selamba mengisytihar tujuh dosa besar PAS kepada rakyat dan umat Islam. Ucapan Najib dalam Majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri di Tanah Merah, 15 Mac lalu yang disusuli angin kencang sehingga menerbangkan beberapa khemah besar itu disifatkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai meniru PAS dan hanya untuk menampakkan imej Islam pada parti Umno-BN. “Kalau dalam korporat bila tiru jenama boleh bawa ke mahkamah. Bila tiru, maknanya barang ni adalah palsu. “Amalan meniru ini pernah ditunjukkan dalam sirah Rasulullah s.a.w apabila seorang munafi k, Abdullah Bin Ubai sanggup membina masjid dhirar semata-mata mahu menyaingi masjid Nabi,” ujar Menteri Besar Kelantan itu. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Harun Taib berpendapat dasar PAS yang memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah negara ini jauh berbeza. “Sebaliknya, Umno menolak hukum Allah dalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain sehingga Malaysia mengalami banyak kes jenayah dan rasuah,” katanya lagi. AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin ketika berucap di Pulau Meranti, Sepang pada 27 Mac lalu pula melihat tindakan Umno-BN yang dari dulu meluluskan lesen judi sehingga kini menipu dalam pilihanraya antara contoh jenayah Umno terhadap Islam. “Apabila Umno mencanangkan Islam tidak akan terbela jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya, kita juga berhak bertanya, adakah selama berpuluh-puluh tahun Umno memerintah negara ini, Islam sudah mantap terbela? “Macam mana Umno kata dia bela Islam sedangkan wang royalti rakyat Kelantan dan Terengganu dirompak. Umno tidak hormat perjanjian. “Dalam surah al-Maidah ayat 1, Allah memerintahkan orang-orang beriman untuk tunaikan janji. Masalahnya, adakah Umno patuhi tuntutan ayat Allah itu?” bidas peguam itu. Bagi kakitangan bank, Shah Hasan, 29, rakyat sudah terlalu lama dahagakan kerajaan baru yang ada usaha untuk mengamalkan tadbir urus baik (good governance) yang selari mengikut landasan Islam. “Umno-BN petualang maruah agama Islam bukan pejuang. Nilai Islam apa yang dipromosikan Umno-BN sedangkan salah laku berleluasa dan harta kekayaan negara dirompak masuk poket kroni seperti dalam video tentang suku-sakat Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) di YouTube itu,” ujarnya lagi. Realiti Umno dari aspek praktikal gagal menunjukkan akhlak Islam yang sebenarnya kepada masyarakat majmuk di negara ini turut diakui bekas graduan Universiti Malaya, Alam Halim, 25, dari Sabah. “Bagaimana mungkin Umno-BN hendak memastikan pemerintahannya berlandaskan Islam?” Umno jelas mengamalkan gaya ‘hiburan diutamakan, agama dikebelakangkan’. “Mereka mendakwa Islam akan tergadai jika Pakatan Rakyat memerintah negara bercakap seperti lembu lalu depan mata tidak nampak, cicak melintas jauh nampak,” sindirnya lagi. Politik perkauman yang menjadi modal Umno- BN akan terancam apabila rakyat menyedari siapa sebenarnya yang mempermainkan Islam. Oleh itu, Umno-BN yang sekian lama memusuhi Islam harus ditolak segenap lapisan rakyat dalam PRU13 akan datang. sumber: tekan sini |
UMNO SENDIRI LAHIR DARI DEMONSTRASI JALANAN.
9.Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
(1) Tiada seorang pun rakyat boleh dibuang negeri atau dikecualikan daripada Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman pesalah, setiap warganegara mempunyai hak untuk bergerak bebas di seluruh Persekutuan dan tinggal di mana-mana bahagiannya.
13. Hak terhadap harta.
(1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan menyelamatkan harta mengikut undang-undang.
(2) Tiada undang-undang hendaklah mengadakan peruntukan bagi pengambilan wajib atau penggunaan harta dengan tiada pampasan yang mencukupi.
DENGAR SINI...BAIK-BAIK..
JANJI DI CAPATI
Monday, 8 April 2013
Umno-BN terang-terang ‘tendang’ Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment