Photobucket

UMNO SENDIRI LAHIR DARI DEMONSTRASI JALANAN.

mamposbn

9.Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
(1) Tiada seorang pun rakyat boleh dibuang negeri atau dikecualikan daripada Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal
(3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman pesalah, setiap warganegara mempunyai hak untuk bergerak bebas di seluruh Persekutuan dan tinggal di mana-mana bahagiannya.

13. Hak terhadap harta.
(1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan menyelamatkan harta mengikut undang-undang.
(2) Tiada undang-undang hendaklah mengadakan peruntukan bagi pengambilan wajib atau penggunaan harta dengan tiada pampasan yang mencukupi.

DENGAR SINI...BAIK-BAIK..

JANJI DI CAPATI

Saturday 27 April 2013

Tuan Guru Chua Soi Lek Mursyidul Am BN - Dr Maszlee Malik

www.tips-fb.com




ADA LAGI KAT SINI

1: BACA SINI....DALAM SINI

2: LAGI SINI.....SINI LAGI

3:SINI GAK......SINI GAK


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday 25 April 2013

DENGAR SINI....SAPA KASI PERHABIS DUIT KAT KEDAH ????(VIDEO)

www.tips-fb.com
BERITAHU RAKYAT KEDAH SAPA KASI PERHABIS DUIT NEGERI !!!


MAMPOS RAKYAT KEDAH KALAU PILIH PEMIMPIN BOROS MACAM NI...

ABU........ASAL BUKAN UMNO....

ABCD.......ASAL BUKAN CAP DACING



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday 20 April 2013

HIDUP BN...HIDUP BN......AKHIRNYA KENA TIPU JUGAK ???

www.tips-fb.com

Che Johan tipu penyokong sendiri - Nik Amar


Rizal Tahir, 20 Apr 2013
PENGKALAN CHEPA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) Johan Che Pa yang tidak menghantar borang pencalonan sebagai menipu penyokong sendiri.

Menurut Amar, andainya pada penyokong boleh khianat, apa lagi pada rakyat di bawah lagi senang untuk ditipu.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas calon BN itu yang hanya hadir sebagaimana calon PRU 13 yang lain, sebaliknya tidak menyerahkan borang pencalonannya.

Beliau juga turut menyifatkan ianya sebagai petanda kekalahan BN yang  akan hilang satu kerusi di negeri ini kerana amalan politik kotor di kalangan ahli dan penyokong sendiri.

“Nasihat saya pada penyokong BN tidak perlu keluar mengundi kerana mereka tidak ada calon di Pasir Mas.

“Mereka nak undi siapa, Datuk Ibrahim Ali bukan calon mereka, tetapi Bebas.

"Orang bukan main lagi berarak beramai-ramai untuk memberi sokongan, tetapi sanggup dia tidak menyerahkan borang,”ujarnya.

Menurutnya, bagaimana Umno ingin mempertahankan negara sekiranya calon sendiri tidak menyerahkan borang pencalonan.

“Kalau penyokong dia sendiri boleh dia tipu, apa lagi rakyat di bawah, lagi senang nak tipu. Parti macam ni ke nak bagi harapan memerintah negara,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau berkata, wanita Umno juga tidak berpuas hati apabila pimpinan tertinggi parti itu tidak dicalonkan untuk bertanding pada PRU.

Jelasnya, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah istihar keluar Umno dan melepaskan semua jawatan untuk bertanding bebas sebagai bukti Umno juga tidak menghargai sayap kiri perjuangan parti itu.

SUMBER: SINI...!!!!



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday 19 April 2013

"Roket sudah sampai ke bulan. Anda masih nak guna timbang dacing?"

www.tips-fb.com

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz Berikutan Penggunaan Logo PAS Oleh DAP

KOTA BHARU: "Kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.
(Gambar...Roketkini ‏@roketkini dalam Twitternya menulis, "Roket sudah sampai ke bulan. Anda masih nak guna timbang dacing?")
Beliau mengulas keputusan DAP menggunakan logo PAS setelah Pendaftar Pertubuhan memutuskan untuk tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang.

"Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari.

"Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman," kata Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Nik Aziz.

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP: Akhirnya Roket Mendarat Di BulanSaya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini.

Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman.


Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.

Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan.

Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya.

Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain.

Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.

Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah.

Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.

Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah.

Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin.

Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All.

Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.

Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam.

Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar.

Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru.

Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)


Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013M


SUMBER: SINI....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday 13 April 2013

KALAU TAK TAHU MAI SINI...BOLEH KASI TAHU....FAKTA....SEBARKAN..!!!

www.tips-fb.com
Jika PR Perintah Malaysia DAP Perdana Menteri??

TENGOK SAMPAI HABIS!!!


SEBARKAN FAKTA NI...!!!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday 8 April 2013

Umno-BN terang-terang ‘tendang’ Islam

www.tips-fb.com
Written by Editor Warta   
Saturday, 06 April 2013 15:36
Oleh Arif Atan
KUALA LUMPUR: Menjelang PRU13 yang sudah semakin suntuk, media kongkongan Umno-BN berterusan “menunggang” agama Islam sebagai senjata politik mereka bagi menakutnakutkan pengundi Melayu untuk menyokong Pakatan Rakyat.
Sejak awal tahun 1990-an lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad konsisten melontarkan kenyataan biadap terhadap undang-undang Islam sehingga tidak melampau diberikan gelaran “bapa” anti Islam di negara ini.
Masyarakat Melayu sebagai penganut agama Islam majoriti di negara ini pasti tidak akan “mudah lupa” seperti Umno-BN bagaimana Mahathir antara lain selamba menyebut hukuman hudud memudaratkan manusia serta rejam kepada penzina bersifat primitif.
Malah, perangai jahat Umno-BN yang menjadikan Islam sebagai alat memancing undi Melayu ketika mendekati PRU13 terserlah apabila Najib Tun Razak selamba mengisytihar tujuh dosa besar PAS kepada rakyat dan umat Islam.
Ucapan Najib dalam Majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri di Tanah Merah, 15 Mac lalu yang disusuli angin kencang sehingga menerbangkan beberapa khemah besar itu disifatkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai meniru PAS dan hanya untuk menampakkan imej Islam pada parti Umno-BN.
“Kalau dalam korporat bila tiru jenama boleh bawa ke mahkamah. Bila tiru, maknanya barang ni adalah palsu.
“Amalan meniru ini pernah ditunjukkan dalam sirah Rasulullah s.a.w apabila seorang munafi k, Abdullah Bin Ubai sanggup membina masjid dhirar semata-mata mahu menyaingi masjid Nabi,” ujar Menteri Besar Kelantan itu.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Harun Taib berpendapat dasar PAS yang memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah negara ini jauh berbeza.
“Sebaliknya, Umno menolak hukum Allah dalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain sehingga Malaysia mengalami banyak kes jenayah dan rasuah,” katanya lagi.
AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin ketika berucap di Pulau Meranti, Sepang pada 27 Mac lalu pula melihat tindakan Umno-BN yang dari dulu meluluskan lesen judi sehingga kini menipu dalam pilihanraya antara contoh jenayah Umno terhadap Islam.
“Apabila Umno mencanangkan Islam tidak akan terbela jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya, kita juga berhak bertanya, adakah selama berpuluh-puluh tahun Umno memerintah negara ini, Islam sudah mantap terbela?
“Macam mana Umno kata dia bela Islam sedangkan wang royalti rakyat Kelantan dan Terengganu dirompak. Umno tidak hormat perjanjian. “Dalam surah al-Maidah ayat 1, Allah memerintahkan orang-orang beriman untuk tunaikan janji. Masalahnya, adakah Umno patuhi tuntutan ayat Allah itu?” bidas peguam itu.
Bagi kakitangan bank, Shah Hasan, 29, rakyat sudah terlalu lama dahagakan kerajaan baru yang ada usaha untuk mengamalkan tadbir urus baik (good governance) yang selari mengikut landasan Islam.
“Umno-BN petualang maruah agama Islam bukan pejuang. Nilai Islam apa yang dipromosikan Umno-BN sedangkan salah laku berleluasa dan harta kekayaan negara dirompak masuk poket kroni seperti dalam video tentang suku-sakat Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) di YouTube itu,” ujarnya lagi.
Realiti Umno dari aspek praktikal gagal menunjukkan akhlak Islam yang sebenarnya kepada masyarakat majmuk di negara ini turut diakui bekas graduan Universiti Malaya, Alam Halim, 25, dari Sabah.
“Bagaimana mungkin Umno-BN hendak memastikan pemerintahannya berlandaskan Islam?” Umno jelas mengamalkan gaya ‘hiburan diutamakan, agama dikebelakangkan’.
“Mereka mendakwa Islam akan tergadai jika Pakatan Rakyat memerintah negara bercakap seperti lembu lalu depan mata tidak nampak, cicak melintas jauh nampak,” sindirnya lagi.
Politik perkauman yang menjadi modal Umno- BN akan terancam apabila rakyat menyedari siapa sebenarnya yang mempermainkan Islam. Oleh itu, Umno-BN yang sekian lama memusuhi Islam harus ditolak segenap lapisan rakyat dalam PRU13 akan datang.

sumber: tekan sini


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...