Photobucket

UMNO SENDIRI LAHIR DARI DEMONSTRASI JALANAN.

mamposbn

9.Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
(1) Tiada seorang pun rakyat boleh dibuang negeri atau dikecualikan daripada Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal
(3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman pesalah, setiap warganegara mempunyai hak untuk bergerak bebas di seluruh Persekutuan dan tinggal di mana-mana bahagiannya.

13. Hak terhadap harta.
(1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan menyelamatkan harta mengikut undang-undang.
(2) Tiada undang-undang hendaklah mengadakan peruntukan bagi pengambilan wajib atau penggunaan harta dengan tiada pampasan yang mencukupi.

DENGAR SINI...BAIK-BAIK..

JANJI DI CAPATI

Monday, 4 February 2013

WAJIB TONTON......"Siapakah yang memiliki Malaysia ini?".

www.tips-fb.com
 Di ambang Pilihanraya Umum ke-13, rakyat biasa berdepan dengan sebuah realiti yang cukup mencabar: ekonomi dunia yang semakin bergelora dan di tanahair pula, kos sara hidup dan keperluan asas yang terus meruncing.

Sebuah arus sedang bergolak dalam masyarakat kita. Kini kita mempunyai antara rakyat yang paling banyak berhutang di dunia dan jurang kekayaan terbesar di Asia Tenggara. Anak muda berumur 20an dan 30an bakal menjadi sebuah Generasi Homeless, yang mungkin terus bertualang tanpa mampu memiliki sebuah rumah. Tidak cukup dengan itu, taraf gaji mereka pula telah dikekal rendah hingga memaksa ramai untuk mengambil hutang yang tinggi - lebih-lebih lagi jika ada yang terus kental mahukan sebuah rumah.

Filem ini membawa penonton ke dalam sebuah perjalanan untuk menyingkap bagaimana situasi ini wujud dan mengenali industri perumahan dengan menemuramah pihak-pihak utama seperti pemaju pembangunan, bank, kerajaan dan juga para pembeli. Kisah ini bermula dengan seorang protagonis yang sedang mencari sebuah rumah yang kemudiannya mula menyedari pencariannya itu membawa kepada sebuah persoalan yang lebih mendalam: "Siapakah yang memiliki Malaysia ini?".

Diceritakan seakan sebuah meditasi, filem ini tapi juga sarat dengan analisis ekonomi untuk memberi gambaran yang jelas kepada penonton.
SILA TONTON FILEM INI HINGGA TAMAT...TQ




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

  1. alamak panjang bro.. gua dtg balik semula nanti. solat dulu. dah zohor ni.

    ReplyDelete
  2. Tq.banyak peneranggan yg selama ini tidak tahu dgn isu ini..

    ReplyDelete
  3. saya pun terpanggil dan kesedaran ini timbul apabila ia mengaitkan kaum keluarga seperti anak yang bekerja di kota besar seperti KL dan sebagainya. Demi genarasi akan datang kita perlu berubah.. anak muda ayuh bangkit hentikan gejala kaut untung tanpa memikir hak asasi dalam dunia kapitalis anjuran umno/BN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...